Saturday, 2 July 2011

JURNAL MINGGU KEDUA

PENULISAN JURNAL
MINGGU : 2 PRAKTIKUM

TARIKH         : 27 JUN HINGGA 1 JULAI 2011
TAJUK           : Masalah pengurusan masa

MASALAH
Pada minggu kedua, saya telah mengalami masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapt dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

ANALISIS
            Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, malah terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan.




CADANGAN
Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah :
1)    Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.
2)    Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada harihari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.
3)    Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkanpelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalm masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyntuh topic yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaiksahaja akan dibentangkan.
4)    Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

TEMPOH MASA
            Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.




TINDAKAN SUSULAN
Perkara sebegini adalah normal bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum iaitu tentang masalah pengurusan masa. Namun masalah ini bukanlah bersifat kekal jika kita bijak mengatasinya. Sudah menjadi lumrah bagi manusia kerana masa adalah amat berharga bagi mereka semua.  Tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah dengan mengawal aktiviti dengan melihat jam dan sentiasa mengingatkan diri tentang waktu penamatan masa bagi setiap aktiviti.

KESIMPULAN
            Hasil daripada pemerhatian ke atas kes-kes sebegini, ia dapat diatasi dengan mudah oleh paraguru sekiranya guru dapat membahagikan masa dengan baik dan guru pelatih hendaklah percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi dengan jayanya melalui jati diri dalaman dan semangat perguruan yang tersemat dalam hati setiap guru.
           

No comments:

Post a Comment