PENULISAN JURNAL
MINGGU : 4 PRAKTIKUM
TARIKH : 11 JULAI HINGGA 15 JULAI 2011
TAJUK : Masalah murid suka membuat bising
MASALAH
Pada minggu keempat praktikum ini saya mengalami masalah murid suka membuat bising di dalam kelas. Ini termasuklah semasa sesi perbualan pagi, semasa melakukan aktiviti dan semasa sesi penerangan. Saya mempunyai 30 orang anak murid dimana semuanya aktif dan berminat dengan pelajaran. Namun begitu, terdapat beberapa orang murid yang suka bercakap semasa saya membuat penerangan dan semasa membuat kerja. Sebagai contohnya semasa sesi penerangan, kanak-kanak suka bercakap bersama-rakan yang lain sehinggakan saya berasa kurang sabar dan menegur mereka. Kebanyakkan murid yang suka bercakap itu adalah murid yang duduk dibarisan belakang. Oleh hal yang demikian, saya mengambil tindakan dengan mengalihkan mereka duduk dibarisan hadapan. Malah terdapat juga murid yang tidak reti sabar untuk bercakap semasa sesi penerangan. Sebagai contohnya semasa saya memberi penerangan mereka tidak sabar untuk bercakap dan menyebabkan saya kehilangan idea untuk bercakap. Kanak-kanak ini sering bercakap semasa makan. Kadang saya tidak faham kenapa kanak-kanak ini sering bercakap dari sesi awal pagi sehinggakan waktu hendak pulang mereka masih lagi bercakap tidak habis-habis. Kadang-kadang ia menguji tahap kesabaran saya. Jika mereka sering dan banyak bercakap tidak berhenti-henti mereka akan kehilangan tumpuan semasa sesi pembelajaran. Oleh itu, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Itu yang menyebabkan kerisauan timbul dalam diri saya. Pelbagai cara telah saya lakukan namun begitu ia hanya berjalan seketika sahaja.
ANALISIS MASALAH
Menurut Cottle dan Downie (1970) kaunseling dibawah bimbingan secara individu merujuk kepada proses perbincangan di antara kaunselor dengan kliennya di mana kaunselor ini berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapi dengan tenang dan tabah. Sikap yang ditunjukkan oleh murid ini menyebabkan saya terpaksa menyiasat tentang masalah yang dihadapi oleh dirinya. Saya telah menjalankan siasatan ke atas dirinya dan didapati bahawa beliau ingin memberontak kerana ibu dan bapanya amat sibuk bekerja dan beliau dijaga oleh pembantu rumahnya. Hal inilah yang menyebabkan beliau malas untuk belajar dan suka membuat bising semasa di dalam kelas. Ini adalah kerana beliau memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari keluarganya.
CADANGAN
Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :
1) Menukar tempat duduk kanak-kanak yang suka membuat bising ke hadapan atau dari tempat murid yang suka berbual.
2) Menjadikan mereka sebagai model dihadapan supaya mereka rasa dihargai ataupun berasa malu kerana sikap mereka yang suka bercakap.
3) Memberi mereka peneguhan yang positif kepada dirinya, sekiranya ia berkelakuan baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.
4) Memberikan mereka dendaan sebagai peringatan supaya mereka tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut.
5) Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai serta mengadakan teknik variasi rangsangan bagi menarik minat mereka.
TEMPOH MASA
Saya akan mengambil langkah dengan membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak yang bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.
TINDAKAN SUSULAN
Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Kanak-kanak yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Di sini saya akan mengambil langkah dengan memerhati kanak-kanak yang berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa ibu bapa mereka untuk bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang tingkah laku anak mereka di rumah adakah sama semasa di sekolah. Menurut pemerhatian yang saya lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi mereka dendaan jika tindakan nasihat tidak berhasil. Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta disayangi. Sebagai seorang guru saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.
KESIMPULAN
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, ia dapat diatasi dengan mudah oleh guru sekiranya dapat membahagikan masa dengan lebih baik dan memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajarnya khususnya yang mempunyai masalah pembelajaran dan guru pelatih hendaklah percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi dengan jayanya melalui jati diri dalaman dan semangat perguruan yang tersemat dalam hati setiap guru. Seseorang guru juga perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi kerenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.
tq dear,ur bolg is very helpful for my praktikum!! ;)
ReplyDelete