PENULISAN JURNAL
MINGGU : 3 PRAKTIKUM
TARIKH : 4 JULAI HINGGA 8 JULAI 2011
TAJUK : Masalah tingkah laku kanak-kanak
MASALAH
Pada minggu ini iaitu minggu ketiga sesi praktikum saya mengalami masalah tingkah laku kanak-kanak yang hiperaktif iaitu kanak-kanak yang sukar dikawal dan tidak memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contohnya semasa saya menjalankan sesi penerangan kepada mereka terdapat dua orang murid yang tidak reti duduk diam iaitu mereka sering bangun dan mengusik rakan mereka yang lain. Ini menyebabkan rakan-rakan mereka hilang tumpuan semasa sesi pembelajaran. Pelbagai cara telah saya lakukan namun begitu ia tidak memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut. Mereka berdua suka mengganggu rakan-rakan yang lain sewaktu belajar dan tidak menyiapkan segala kerja yang diberikan oleh saya kepada mereka. Malah jika mereka berbuat demikian saya akan memanggil kedua-dua orang kanak-kanak berkenaan dan duduk di depan saya semasa membuat kerja. Kini masuk minggu ketiga saya menjalani praktikum, saya masih lagi berusaha untuk mengubah tingkah laku mereka. Oleh yang demikian sebagai seorang guru, saya harus pandai menyesuaikan diri dalam situasi begini agar dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Begitu jugalah dengan keadaan diri saya ini semasa menghadapi saat-saat pertama menjalani praktikum. Saya telah membuat pelbagai rancangan dan persediaan supaya saya dapat menjalani praktikum dengan baik dan mencapai kejayaan. Penyelesaian bagi masalah tingkah laku kanak-kanak ini ialah perlu diatasi dengan segera agar ia tidak berlarutan kerana jika terlalu lama tertangguhnya masalah ini ia akan menjadi beban dan bertambah berat. Di sini bukan maksud saya mengatakan masalah ini amat membebankan, namun sekiranya ia tidak dibendung lebih awal ia akan berpanjangan. Sebagai guru saya perlu bijak dalam menangani masalah ini. Ini adalah kerana, apabila telah masuk dalam bidang profesion perguruan, masalah tingkah laku kanak-kanak perlu di ambil kira.
ANALISIS MASALAH
Menurut Sue Cowley dalam bukunya yang berjudul Gettings The Buggers To Behave 2001 mengatakan pelajar-pelajar diawal persekolahan mempunyai tahap keterujaan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang baru mereka temui atau alami. Mereka berkecenderungan bersikap nakal kerana masih dalam percubaan untuk melihat apakah sikap yang dapat diterima dalam dunia dan situasi yag baru bagi mereka.
CADANGAN
Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :
1) Memberi kepercayaan, amanah, tangungjawab untuk melakukan sesuatu tugasan.
2) Menukar tempat duduk dihadapan supaya mudah diperhatikan gerak-geri mereka.
3) Menjadikan mereka model dihadapan supaya mereka rasa dihargai.
4) Memberi peneguhan yang positif kepada dirinya, sekiranya ia berkelakuan baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.
5) Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai serta menggunakan teknik variasi rangsangan bagi menarik minat mereka.
TEMPOH MASA
Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini dengan mengambil langkah-langkah membuat pemerhatian dan berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak yang bermasalah secepat yang mungkin.
TINDAKAN SUSULAN
Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Perkara sebegini adalah normal bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum iaitu tentang masalah tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah. Namun, masalah ini bukanlah bersifat kekal jikan kita bijak mengatasinya. Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat tindakan dengan berjumpa ibu bapa kedua-dua orang pelajar berkenaan untuk mengetahui tingkah laku mereka semasa berada di rumah. Di dapati murid pertama berkelakuan baik dan mendengar kata semasa berada di rumah. Yang dihairankan adalah kenapa murid ini berkelakuan tidak reti duduk diam semasa disekolah. Oleh itu dengan analisis yang saya dapati beliau merupakan anak bongsu dan sangat manja. Mungkin masalah ini terjadi kerana beliau tiada kawan untuk bermain di rumah kerana didapati abangnya sudah besar. Manakala murid yang kedua pula, apabila ditanya kepada ibunya ia menjawab dan mengakui bahawa anaknya memang nakal dan hiperaktif semasa di rumah dan sering mengusik adik dan kakak beliau. Tiap-tiap hari ia akan menganggu kakak dan adiknya semasa membuat kerja ataupun bermain. Jika tidak mendapat sesuatu barang yang diingini beliau akan memberontak sama seperti di sekolah ketika bermain bersama-sama rakan. Oleh yang demikian, saya dapati sikapnya masih boleh diubah dari masa ke semasa dan saya dapati kedua-dua orang kanak-kanak ini memerlukan pemerhatian dan ingin disayangi. Sebagai guru saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah tersebut.
KESIMPULAN
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes seperti ini, ia dapat diatasi dengan mudah oleh para guru pelatih sekiranya guru dapat membahagikan masa dengan baik dan memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar khususnya yang mempunyai masalah pembelajaran dan guru pelatih hendaklah percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi dengan jayanya melalui jati diri dalaman dan semangat perguruan tersemat dalam hati setiap guru. Oleh yang demikian kanak-kanak yang mengalami masalah seperti ini mereka perlu diberi perhatian yang cukup dan guru perlu mangadakan teknik pemujukan supaya mereka lebih berminat untuk belajar. Guru juga perlu menarik minat mereka untuk menyertai sesi pembelajaran semasa di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment