Sunday, 3 July 2011

REFLEKSI MINGGU KEDUA

 REFLEKSI HARIAN PRAKTIKUM

TARIKH / HARI         : 29.6.2011 (Rabu)
MODUL                      : Bertema
SUBJEK                    : Seni
TUNJANG                 : Tunjang Fizikal dan Estetika (kreativiti)

Releksi Guru Pelatih           :
1.    Pendekatan  dan Kaedah.
Pembelajaran pada hari ini saya menggunakan pendekatan pengajaran deduktif di mana saya memberi penerangan terlebih dahulu tentang konsep apa itu bunga. Pada hari ini saya telah mengajar murid tentang bunga matahari. Saya telah memberi penerangan kepada mereka tentang ciri-ciri yang terdapat pada bunga matahari, bentuk dan warnanya supay mereka mengetahui bagaimana rupa bunga matahari. Terlebih dahulu saya telah meminta murid-murid menyanyi sambil membuat pergerakan supaya mereka rasa seronok untuk melakukan aktiviti. Dalam pembelajaran kali ini juga saya telah menggunakan pendekatan berpusatkan guru, murid dan bahan. Dalam pendekatan berpusatkan bahan saya telah menggunakan bahan yang disediakan sepenuhnya seperti straw, model bunga pensil warna dan sebagainya dengan sebaiknya bagi memperolehi hasil kerja murid yang menarik. Penggunaan pendekatan berpusatkan murid pula berlaku di mana murid telah menghasilkan model bunga yang diperbuat daipada straw. Pelabagai kaedah digunakan seperti mewarna dan tampalan pada straw. Murid-murid berasa seronok dan teruja semasa melakukan aktiviti ini dan mereka bangga dengan hasil yang mereka hasilkan. Pembelajaran ini juga dapat menggabungkan tunjang yang lain seperti tunjang sains dan teknologi di mana murid dapat mengira hasil yang mereka telah mereka buat.
TEKNIK
1)    Pada mulanya saya menggunakan teknik memberi teknik penerangan dahulu supaya murid-murid mengetahui cara untuk membuat model bunga matahari.
2)    Menggunakan teknik memberi arahan dalam melakukan aktiviti supaya murid-murid dapat menjalankan tugas mengikut langkah-langkah yang disediakan.
3)    Objektif adalah tercapai di mana murid-murid Berjaya menghasilkan model bunga matahari malah turut membantu murid mengenali rupa bunga matahari.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1)     Saya perlu menggunakan teknik penyoalan supaya murid dapat mengingati cara membuat model bunga matahari di rumah malah boleh menunjukkan cara membuatnya kepada rakan-rakan yang lain.
2)    Saya perlu membaiki cara pengawalan kelas semasa melakukan aktiviti seperti ini supaya murid dapat memberi fokus yang lebih terhadap pembelajaran.

No comments:

Post a Comment