REFLEKSI HARIAN PRAKTIKUM
TARIKH / HARI : 20.7.2011 (Rabu)
MODUL : Bertema
SUBJEK : Seni
TUNJANG : Tunjang Fizikal dan Estetika (kreativiti)
Releksi Guru Pelatih :
1. Pendekatan dan Kaedah.
Pembelajaran pada hari ini saya menggunakan kaedah kelas dalam melaksanakan aktiviti. Pada mulanya saya membuat perbincangan bersama murid tentang haiwan jinak jenis kucing. Murid memberi respons dengan memberi pendapat mereka tentang haiwan kesayangan mereka iaitu jenis kucing. Beberapa orang murid telah menceritakan pengalaman mereka tentang menjaga kucing kesayangan mereka semasa di rumah. Setelah habis sesi perbincangan saya telah memperkenalkan kepada murid tentang alat bahan yang akan digunakan untuk membuat kolaj sebagai bulu kucing pada gambar kucing. Murid berasa teruja untuk melakukan aktiviti dan mereka tidak sabar untuk menampal kapas sebagai bulu kucing. Namun begitu, terlebih dahulu murid perlu mewarnakan latar belakang pada gambar kucing berkenaan. Hanya tempat tertentu sahaja yang tidak perlu diwarnakan. Selepas itu, barulah murid boleh menampal kapas pada gambar badan kucing berkenaan. Penyediaan alat bahan yang disediakan oleh saya semasa aktiviti dapat digunakan sepenuhnya oleh murid. Objektif yang diutarakan adalah tercapai di mana murid dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka. Malah murid berasa bangga kerana hasil kerja mereka dapat dipamerkan.
TEKNIK
- Pada mulanya saya menggunakan teknik perbincangan bersama murid di mana perbincangan adalah mengenai kucing kesayangan mereka.
- Kemudian saya menggunakan teknik penerangan supaya murid-murid mengetahui cara untuk membuat kolaj bulu kucing pada gambar kucing.
- Menggunakan teknik memberi arahan dalam melakukan aktiviti supaya murid-murid dapat menjalankan tugas mengikut langkah-langkah yang disediakan.
- Objektif adalah tercapai di mana murid-murid berjaya menghasilkan kolaj untuk membentuk bulu kucing pada gambar malah turut mengetahui bahawa kucing mempunyai bulu.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
- Saya perlu menggunakan teknik penyoalan supaya murid dapat mengingati cara membuat kolaj bulu kucing di rumah malah boleh menunjukkan cara membuatnya kepada rakan-rakan yang lain.
- Saya perlu membaiki cara pengawalan kelas semasa melakukan aktiviti seperti ini supaya murid dapat memberi fokus yang lebih terhadap pembelajaran.
No comments:
Post a Comment