REFLEKSI HARIAN PRAKTIKUM
TARIKH / HARI : 13.7.2011 (Rabu)
MODUL : Bertema
SUBJEK : Matematik
TUNJANG : Tunjang Sains dan Teknologi
Releksi Guru Pelatih :
1. Pendekatan dan Kaedah.
Pengajaran pada kali ini adalah berkaitan dengan mengenali nombor 10-20. Di dapati murid boleh mengira secara berturutan dari 10-20 dengan menggunakan jari mereka sendiri. Murid juga dapat mengenal dan menyebut nombor 10-20. Selain itu, saya telah mengajar murid mengeja perkataan bagi nombor 10-20 dengan menggunakan alat bahan seperti kad perkataan dank ad nombor. Sebagai contohnya nombor sebelas bagi nombor 11. Berdasarkan pemerhatian saya pada lembaran kerja yang saya berikan kepada murid, murid dapat menulis nombor mengikut bilangan objek apabila mereka membilang objek pada lembaran tersebut. Namun begitu ada beberapa orang murid yang tidak tahu menulis nombor dengan betul terutamanya murid yang berumur 5 tahun. Tetapi pada keseluruhan pembelajaran pada hari ini adalah tercapai. Murid dapat menggunakan alat pembelajaran dengan sebaiknya dan murid berasa seronok ketika menjalankan aktiviti ini. Kaedah yang digunakan dalam pembelajaran ini adalah kerja individu dan kelas.
TEKNIK
1. Menggunakan teknik penerangan terlebih dahulu supaya murid memahami konsep nombor 10-20.
2. Meminta murid mengeja perkataan bagi setiap nombor dari nombor 10-20.
3. Menggalakkan murid mengira sebagai contohnya pada lembaran kerja dengan mengira nilai objek dan kemudian menulis nombor pada ruang yang disediakan.
4. Objektif pada pembelajaran ini adalah tercapai.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Melakukan latihan pengukuhan bagi murid yang lemah dalam mengenal nombor dengan membawa latihan ke rumah.
2. Meminta murid ke hadapan untuk memadankan bilangan objek dengan nombor.
No comments:
Post a Comment