REFLEKSI HARIAN PRAKTIKUM
TARIKH / HARI : 24.6.2011 (Jumaat)
MODUL : Asas
SUBJEK : Pendidikan Agama Islam
TUNJANG : Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Releksi Guru Pelatih :
1. Pendekatan dan Kaedah.
Pengajaran pada hari ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang Rukun Islam. Semasa menjalankan aktiviti ini saya menggunakan pendekatan berpusatkan guru, murid dan bahan. Dalam pendekatan berpusatkan guru saya menggunakan kaedah penerangan kepada murid untuk menjelaskan apa itu Rukun Islam dan senarai yang terdapat dalam Rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan ibadah haji bagi mereka yang mampu. Tetapi pada awal permulaan pembelajaran saya telah menggunakan kaedah nyanyian tentang Rukun Islam supaya murid dapat menyebut dan menyenaraikan Rukun Islam. Didapati murid-murid berasa seronok dan gembira serta dapat menyenaraikan Rukun Islam dengan baik. Selain itu juga, penggunaan alat bahan yang digunakan dalam pembelajaran ini adalah dengan menggunakan kad Rukun Islam. Saya dapati murid-murid amat teruja semasa melihat gambar yang terdapat pada kad berkenaan malah mereka juga cepat mengingati Rukun Islam. Saya juga menggunakan pendekatan berpusatkan murid dengan bahan di mana murid-murid akan menjalankan aktiviti untuk membuat pokok bungan supaya menempatkan lima Rukun Islam disetiap kelopak bungan tersebut. Saya dapati murid-murid amat seronok dalam menjalankan aktiviti ini serta mereka juga bersaing dalam menjalankan aktiviti semasa menjalankan aktiviti berkumpulan di mana mereka akan memperlihatkan hasil kerja berkumpulan yang paling menarik.
TEKNIK
Dalam pembelajaran ini saya menggunakan teknik penyoalan dan teknik memberi arahan . Semasa aktiviti ini dijalankan saya memang perlu menggunakan teknik sebegini supaya murid-murid dapat memberi tumpuan dan fokus terhadap pelajaran pada hari ini. Saya juga akan menggunakan teknik ulangan supaya murid-murid dapat mengingati apa yang dipelajari. Selain itu juga, saya melaksanakan teknik memberi arahan terutamanya semasa menjalankan akativiti membuat pokok bunga Rukun Islam. Objektif yang dicadangkan adalah tercapai kerana saya dapati semua murid terlibat dalam aktiviti ini dan mereka dapat mengingati lima Rukun Islam.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Saya akan menyediakan aktiviti yang menarik lagi supaya ia dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Malah saya juga perlu memberi arahan yang lebih jelas kepada murid supaya mereka memahami isi pelajaran pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment