Wednesday, 22 June 2011

JURNAL MINGGU PERTAMA

PENULISAN JURNAL
MINGGU : 1 PRAKTIKUM

TARIKH         : 20 JUN HINGGA 24 JUN 2011
TAJUK           : Masalah stress semasa praktikum

MASALAH
            Minggu pertama merupakan mingu permulaan bagi saya untuk mememulakan sesi praktikum fasa 2 ini. Saya akan menjalani praktikum di Tabika saya sendiri selama empat belas minggu. Saya mengalami masalah yang silih berganti dan bertukar-tukar. Terdapat banyak dugaan dan halangan yang perlu saya tempuhi semasa menjalani praktikum ini. Masalah sebenar saya pada minggu ini adalah masalah stress semasa menjalani praktikium kerana terlalu banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Masalah ini muncul apabila kelas saya telah mengalami kebocoran atap dan menyebabkan  fail portfolio saya basah. Tetapi saya bernasib baik kerana bahan di dalamnya tidak mengalami kerosakan yang  teruk hanya fail sahaja yang kulitnya menjdai lembik. Selain itu, pada minggu pertama ini terlalu banyak kerja-kerja dari jabatan yang perlu saya selesaikan dengan secepat mungkin.  Saya juga telah terpilh dalam menyertai persembahan koir. Namun begitu saya menolaknya kerana ada perkara-perkara yang perlu dilesaikan.Oleh yang demikian sebagai seorang guru, saya harus pandai menyesuaikan diri sendiri agar dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Maka tidak hairanlah dalam suasana seperti itu, latihan mengajar sering menimbulkan kebimbangan, keresahan dan ketegangan perasaan di kalangan guru-guru yang menjalini sesi praktikum seperti ini. Penyelesaian bagi masalah stress ini perlu  dicari dengan segera kerana jika masalah ini ditangguhkan maka ia kan menjadi beban pada diri saya, Oleh itu, ia akan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran saya terhadap kelas dan murid. Saya tidak ingin masalah ini terjadi namun begitu ia tidak dapat dielakkan.
ANALISIS MASALAH
            Menurut Fortana dan Abouserie (1993), stress adalah sesuatu yang lazim terdapat dalam profesion yang terlibat dengan perhubungan manusia. Profesion keguruan adalah salah satu tugas yang mempunyai hubungan secara langsung dengan manusia terutama dengan pelajar-pelajar. Oleh itu saya perlu memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan merujuk dan meminta bantuan daripada rakan-rakan. Tindakan-tindakan yang responden untuk mengatasi masalah stress ialah seperti menghiburkan hati dengan berbual-bual dengan rakan.
            Setelah pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan bersama-sama dengan rakan-rakan, beberapa hasil telah saya dapati antarannya :
-       Masalah stress sememangnya mengganggu kehidupan seorang guru.
-       Stress akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang terganggu.
-       Emosi guru akan terganggu dan murid-murid turut menjadi mangsa keadaan.
-       Guru pelatih akan menghadapi kecelaruan mental.
Andaian yang saya boleh buat terhadap permasalahan ini ialah stress dapat dicegah sekiranya saya berfikiran positif untuk mengatasinya. Jika saya tidak menjadikan sesuatu perkara itu membebankan, maka stress itu tidak akan wujud. Saya sepatutunya merasakan stress yang dihadapi sebagai tanggungjawab bukannya beban atau kecelaruan mental. Stress yang dihadapi sememangnya mengganggu saya.

CADANGAN.
Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :
1)    Meluahkan perasaan kepada rakan-rakan.
2)    Menceritakan pengalaman mengajar kepada rakan-rakan dan bersukan pada waktu petang.
3)    Mengurangkan tekanan dengan berjalan-jalan dan bersiar-siar serta membaca buku bagi menghilangkan stress.
4)    Merenung sejenak sebelum masuk ke dalam kelas dan berbual-bual dahulu dengan murid-murid.
5)    Melayari internet ataupun bermain game.
6)    Mendengar dan melihat pengalaman orang lain mengatasi stress dan sentiasa bersiap sedia ketika penyeliaan yang akan dilakukan.

TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin bagi menstabilkan emosi saya dalam kehidupan seharian saya.

TINDAKAN SUSULAN
Isu  stress ini telah saya pantau dan cuba diatasi dari peringkat awal kerana tempoh penyelesaian tidak mencukupi. Saya perlu merasakan masalah stress yang dihadapi adalah perkara biasa dan tidak menjadi beban pada diri saya. Setiap penyeliaan akan dilakukan maka stress saya tidaklah begitu tinggi kerana saya membuat persediaan awal sebelum penyeliaan. Cuma perassan cemas sahaja yang menghantui diri saya. Namun, saya masih dapat mengawalnya. Masa yang ada saya isikan dengan sebaik-baiknya antaranya dengan merancang pengajaran , membuat rancangan mengajar dan mengemaskini kerja-kerja yang belum selesai.

KESIMPULAN
            Dapat disimpulkan bahawa masalah stress ini boleh diatasi dengan pelbagai cara. Personaliti dan keupayaan guru itu sendiri adalah menjadi ukuran bagi menyelesaikan masalah ini. Hasil daripada permerhatian ke atas kes-kes yang sebegini, ia dapat di atasi dengan mudah oleh para-para guru sekirannya guru dapat menarik minat dan perhatian murid-murid semasa sesi pengajran dan pembelajaran. Guru juga perlu tegas dan member arahan yang tepat dan mudah difahami oleh mereka dan seterusnya member ganjaran dan pujian kepada mereka yang Berjaya. Guru juga perlu memwujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan selesa serta sentiasa member pemantauan terhadap tingkah laku dan gerak-geri mereka semua. Dengan cara ini masalah kebisingan akan dapat diatasi oleh guru tersebut dan sekaligus masalah stress yang dialami oleh guru akan dapat dihindarkan. Seorang guru perlu berfikiran terbuka dan sentiasa berusaha mengatasi masalah yang berlaku dan sekiranya saya masih lagi mengalami masalah ini saya akan menanganinya dengan tenang dan bijak.

No comments:

Post a Comment