Showing posts with label Refleksi. Show all posts
Showing posts with label Refleksi. Show all posts

Sunday, 24 July 2011

REFLEKSI MINGGU KELIMA

REFLEKSI HARIAN PRAKTIKUM

TARIKH / HARI         : 20.7.2011 (Rabu)
MODUL                      : Bertema
SUBJEK                    : Seni
TUNJANG                 : Tunjang Fizikal dan Estetika (kreativiti)

Releksi Guru Pelatih           :
1.    Pendekatan  dan Kaedah.
Pembelajaran pada hari ini saya menggunakan kaedah kelas dalam melaksanakan aktiviti. Pada mulanya saya membuat perbincangan bersama murid tentang haiwan jinak jenis kucing. Murid memberi respons dengan memberi pendapat mereka tentang haiwan kesayangan mereka iaitu jenis kucing. Beberapa orang murid telah menceritakan pengalaman mereka tentang menjaga kucing kesayangan mereka semasa di rumah. Setelah habis sesi perbincangan saya telah memperkenalkan kepada murid tentang alat bahan yang akan digunakan untuk membuat kolaj sebagai bulu kucing pada gambar kucing. Murid berasa teruja untuk melakukan aktiviti dan mereka tidak sabar untuk menampal kapas sebagai bulu kucing. Namun begitu, terlebih dahulu murid perlu mewarnakan latar  belakang pada gambar kucing berkenaan. Hanya tempat tertentu sahaja yang tidak perlu diwarnakan. Selepas itu, barulah murid boleh menampal kapas pada gambar badan kucing berkenaan. Penyediaan alat bahan yang disediakan oleh saya semasa aktiviti dapat digunakan sepenuhnya oleh murid. Objektif yang diutarakan adalah tercapai di mana murid dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka. Malah murid berasa bangga kerana hasil kerja mereka dapat dipamerkan.

TEKNIK
  1. Pada mulanya saya menggunakan teknik perbincangan bersama murid di mana perbincangan adalah mengenai kucing kesayangan mereka.
  2. Kemudian  saya menggunakan teknik  penerangan supaya murid-murid mengetahui cara untuk membuat kolaj bulu kucing pada gambar kucing.
  3. Menggunakan teknik memberi arahan dalam melakukan aktiviti supaya murid-murid dapat menjalankan tugas mengikut langkah-langkah yang disediakan.
  4. Objektif adalah tercapai di mana murid-murid berjaya menghasilkan kolaj untuk membentuk bulu kucing pada gambar malah turut mengetahui bahawa kucing mempunyai bulu.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
  1.  Saya perlu menggunakan teknik penyoalan supaya murid dapat mengingati cara membuat kolaj bulu kucing di rumah malah boleh menunjukkan cara membuatnya kepada rakan-rakan yang lain.
  2. Saya perlu membaiki cara pengawalan kelas semasa melakukan aktiviti seperti ini supaya murid dapat memberi fokus yang lebih terhadap pembelajaran.

Sunday, 17 July 2011

REFLEKSI MINGGU KEEMPAT

REFLEKSI HARIAN PRAKTIKUM

TARIKH / HARI         : 13.7.2011 (Rabu)
MODUL                      : Bertema
SUBJEK                    : Matematik
TUNJANG                 : Tunjang Sains dan Teknologi

Releksi Guru Pelatih           :
1.    Pendekatan  dan Kaedah.

Pengajaran pada kali ini adalah berkaitan dengan mengenali nombor 10-20. Di dapati murid boleh mengira secara berturutan dari 10-20 dengan menggunakan jari mereka sendiri. Murid juga dapat mengenal dan menyebut nombor 10-20. Selain itu, saya telah mengajar murid mengeja perkataan bagi nombor 10-20 dengan menggunakan alat bahan seperti kad perkataan dank ad nombor. Sebagai contohnya nombor sebelas bagi nombor 11. Berdasarkan pemerhatian saya pada lembaran kerja yang saya berikan kepada murid, murid dapat menulis nombor mengikut bilangan objek apabila mereka membilang objek pada lembaran tersebut. Namun begitu ada beberapa orang murid yang tidak tahu menulis nombor dengan betul terutamanya murid yang berumur 5 tahun. Tetapi pada keseluruhan pembelajaran pada hari ini adalah tercapai. Murid dapat menggunakan alat pembelajaran dengan sebaiknya dan murid berasa seronok ketika menjalankan aktiviti ini. Kaedah yang digunakan dalam pembelajaran ini adalah kerja individu dan kelas.




TEKNIK

1.    Menggunakan teknik penerangan terlebih dahulu supaya murid memahami konsep nombor 10-20.
2.    Meminta murid mengeja perkataan bagi setiap nombor dari nombor 10-20.
3.    Menggalakkan murid mengira sebagai contohnya pada lembaran kerja dengan mengira nilai objek dan kemudian menulis nombor pada ruang yang disediakan.
4.    Objektif pada pembelajaran ini adalah tercapai.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1.    Melakukan latihan pengukuhan bagi murid yang lemah dalam mengenal nombor dengan membawa latihan ke rumah.
2.    Meminta murid ke hadapan untuk memadankan bilangan objek dengan nombor.

Tuesday, 12 July 2011

RELFEKSI MINGGU KETIGA

REFLEKSI HARIAN PRAKTIKUM

TARIKH / HARI         : 6.7.2011 (Rabu)
MODUL                      : Bertema
SUBJEK                    : Bahasa Inggeris
TUNJANG                 : Tunjang Bahasa dan Komunikasi (BI)

Releksi Guru Pelatih           :
1.    Pendekatan  dan Kaedah.

Pengajaran pada kali ini adalah berkaitan dengan pembacaan dan mengeja. Saya telah menggunakan pendekatan berpusatkan guru dengan murid di mana pada awalnya saya mengeja perkataan  “I like mangosteen” dan kemudian diikuti oleh murid-murid secara berulang. Selepas itu, saya telah meminta salah seorang murid mengeja dan membaca ayat tersebut dan diikuti oleh murid yang lain. Saya juga telah menggunakan kaedah penerangan kepada murid berkenaan dengan maksud ayat tersebut iaitu “saya suka buah manggis”.  Penggunaan pendekatan alat bahan pula digunakan sepenuhnya tetapi malangnya murid-murid tidak dapat menghasilkan hasil kerja mereka dengan sempurna kerana kesuntukan masa mungkin disebabkan oleh aktiviti ini terlalu berat. Ini disebabkan dalam aktiviti ini saya meminta murid-murid untuk menggunting huruf dan menampalnya untuk menjadi ayat seperti yang dipelajari dalam masa beberapa minit sahaja. Walaubagaimanapun terdapat murid yang telah mencapai pembelajaran mereka di mana mereka dapat menyiapkan hasil kerja mereka dengan sempurna.



TEKNIK
1)    Menggunakan teknik nyanyian semasa sesi induksi supaya dapat menarik minat murid-murid.
2)    Menggunakan teknik kelas di mana saya mengajar murid mengeja dahulu perkataan dalam ayat “I like mangosteen”
3)    Objektif pada pembelajaran kali ini ada yang tercapai dan ada yang tidak tercapai.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1)    Menjalankan aktiviti mengikut masa yang telah ditetapkan.
2)    Menjalankan aktiviti dengan mengikut kemampuan murid dan kesesuainya dengan masa yang diberikan.
3)    Saya akan mengubah teknik pengajaran saya dengan caralebih bersemangat untuk mengajar dan mengelakkan gangguan dari anasir luar.

Sunday, 3 July 2011

REFLEKSI MINGGU KEDUA

 REFLEKSI HARIAN PRAKTIKUM

TARIKH / HARI         : 29.6.2011 (Rabu)
MODUL                      : Bertema
SUBJEK                    : Seni
TUNJANG                 : Tunjang Fizikal dan Estetika (kreativiti)

Releksi Guru Pelatih           :
1.    Pendekatan  dan Kaedah.
Pembelajaran pada hari ini saya menggunakan pendekatan pengajaran deduktif di mana saya memberi penerangan terlebih dahulu tentang konsep apa itu bunga. Pada hari ini saya telah mengajar murid tentang bunga matahari. Saya telah memberi penerangan kepada mereka tentang ciri-ciri yang terdapat pada bunga matahari, bentuk dan warnanya supay mereka mengetahui bagaimana rupa bunga matahari. Terlebih dahulu saya telah meminta murid-murid menyanyi sambil membuat pergerakan supaya mereka rasa seronok untuk melakukan aktiviti. Dalam pembelajaran kali ini juga saya telah menggunakan pendekatan berpusatkan guru, murid dan bahan. Dalam pendekatan berpusatkan bahan saya telah menggunakan bahan yang disediakan sepenuhnya seperti straw, model bunga pensil warna dan sebagainya dengan sebaiknya bagi memperolehi hasil kerja murid yang menarik. Penggunaan pendekatan berpusatkan murid pula berlaku di mana murid telah menghasilkan model bunga yang diperbuat daipada straw. Pelabagai kaedah digunakan seperti mewarna dan tampalan pada straw. Murid-murid berasa seronok dan teruja semasa melakukan aktiviti ini dan mereka bangga dengan hasil yang mereka hasilkan. Pembelajaran ini juga dapat menggabungkan tunjang yang lain seperti tunjang sains dan teknologi di mana murid dapat mengira hasil yang mereka telah mereka buat.
TEKNIK
1)    Pada mulanya saya menggunakan teknik memberi teknik penerangan dahulu supaya murid-murid mengetahui cara untuk membuat model bunga matahari.
2)    Menggunakan teknik memberi arahan dalam melakukan aktiviti supaya murid-murid dapat menjalankan tugas mengikut langkah-langkah yang disediakan.
3)    Objektif adalah tercapai di mana murid-murid Berjaya menghasilkan model bunga matahari malah turut membantu murid mengenali rupa bunga matahari.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1)     Saya perlu menggunakan teknik penyoalan supaya murid dapat mengingati cara membuat model bunga matahari di rumah malah boleh menunjukkan cara membuatnya kepada rakan-rakan yang lain.
2)    Saya perlu membaiki cara pengawalan kelas semasa melakukan aktiviti seperti ini supaya murid dapat memberi fokus yang lebih terhadap pembelajaran.

Sunday, 26 June 2011

REFLEKSI MINGGU PERTAMA

REFLEKSI HARIAN PRAKTIKUM

TARIKH / HARI         : 24.6.2011 (Jumaat)
MODUL                      : Asas
SUBJEK                    : Pendidikan Agama Islam
TUNJANG                 : Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Releksi Guru Pelatih           :
1.    Pendekatan  dan Kaedah.
Pengajaran pada hari ini memfokuskan kepada pengetahuan tentang Rukun Islam. Semasa menjalankan aktiviti ini saya menggunakan pendekatan berpusatkan guru, murid dan bahan. Dalam pendekatan berpusatkan guru saya menggunakan kaedah penerangan kepada murid untuk menjelaskan apa itu Rukun Islam dan senarai yang terdapat dalam Rukun Islam iaitu  mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan ibadah haji bagi mereka yang mampu. Tetapi pada awal permulaan pembelajaran saya telah menggunakan kaedah nyanyian tentang Rukun Islam supaya murid dapat menyebut dan menyenaraikan Rukun Islam. Didapati murid-murid berasa seronok dan gembira serta dapat menyenaraikan Rukun Islam dengan baik. Selain itu juga, penggunaan alat bahan yang digunakan dalam pembelajaran ini adalah dengan menggunakan kad Rukun Islam. Saya dapati murid-murid amat teruja semasa melihat gambar yang terdapat pada kad  berkenaan malah mereka juga cepat mengingati Rukun Islam.  Saya juga menggunakan pendekatan berpusatkan murid dengan bahan di mana murid-murid akan menjalankan aktiviti untuk membuat pokok bungan supaya menempatkan lima Rukun Islam disetiap kelopak bungan tersebut. Saya dapati murid-murid amat seronok dalam menjalankan aktiviti ini serta mereka juga bersaing dalam menjalankan aktiviti semasa menjalankan aktiviti berkumpulan di mana mereka akan memperlihatkan hasil kerja berkumpulan yang paling menarik.

TEKNIK
Dalam pembelajaran ini saya menggunakan teknik penyoalan dan teknik memberi arahan . Semasa aktiviti ini dijalankan saya memang perlu menggunakan teknik sebegini supaya murid-murid dapat memberi tumpuan dan fokus terhadap pelajaran pada hari ini. Saya juga akan menggunakan teknik ulangan supaya murid-murid dapat mengingati apa yang dipelajari. Selain itu juga, saya melaksanakan teknik memberi arahan terutamanya semasa menjalankan akativiti membuat pokok bunga Rukun Islam. Objektif yang dicadangkan adalah tercapai kerana saya dapati semua murid terlibat dalam aktiviti ini dan mereka dapat mengingati lima Rukun Islam.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Saya akan menyediakan aktiviti yang menarik lagi supaya ia dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Malah saya juga perlu memberi arahan yang lebih jelas kepada murid supaya mereka memahami isi pelajaran pada hari tersebut.